Powered by Blogger.

Tuesday, 14 August 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW



9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Anak Solehah


Wanita Solehah


Monday, 30 July 2012

Bacaan Yaa Sin dan Tazkirah Ramadhan

Tarikh: 27 Julai 2012
Tempat : Dataran Setia
Bacaan Yaa Sin dan Tazkirah Ramadhan





Sunday, 22 July 2012

Kesilapan Semasa Berpuasa


Wednesday, 18 July 2012

Tuntutan Ramadhan


Saturday, 14 July 2012

Mural kat surau

Ustaz Mohd Khair dan Cikgu Fairuz sedang membuat mural di dinding Surau al-Firdaus

Thursday, 12 July 2012

Rezeki kita


Doa Solat Sunat Dhuha (Doa dimurahkan rezeki)


"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.


Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Monday, 9 July 2012

Sambutan Israk dan Mikraj

Ustaz Razi sebagai pengacara majlis
Ustaz Mohd Khair dan Mohd Hafiz memperdengarkan bacaan al-Quran dan terjemahannya
Ceramah Israk dan Mikraj disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Harith Fadzilah



Penyampaian Buku Tabung Haji kepada pelajar Tingkatan Satu

Saturday, 30 June 2012

Renung-renungkan la


Friday, 29 June 2012

Anak Aset Ke Syurga


Thursday, 3 May 2012

Kem Generasi Harapan

Pada 28-29/5/2012 baru-baru ini,Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Generasi Harapan untuk pelajar-pelajar Tingkatan Satu.











Saturday, 24 March 2012

Terima Kasih Untuk Peserta MTQ

MTQ Peringkat Zon B Kinta Utara







Tuesday, 20 March 2012

Doa seorang wanita

Tuesday, 14 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul SMKRS


Saturday, 4 February 2012

Menyiapkan sepanduk Maulidur Rasul

Monday, 30 January 2012

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaa Sin

Pada 20.01.2012 baru-baru ini,Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaa Sin.Semua pelajar dan guru Islam terlibat dalam majlis ini.


Sunday, 22 January 2012

Renungan

Tazkirah

Hadis Nabi: "Barangsiapa yang mencari redha Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan marahnya manusia, maka Allah akan bersamanya, Manakala barangsiap yang mencari redha manusia (walaupun) dengan kemurkaan Allah, maka Allah menyerahkan urusannya kepada manusia (Allah tidak peduli lagi hal individu ini di akhirat- tiada syafaat dan bantuan tentunya)"

Wednesday, 18 January 2012

selamat datang

Ahlan Wasahlan.... Selamat datang kepada seluruh pembaca blog yang budiman.
Adalah diharapkan maklumat di dalam blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Sekiranya ada kekurangan di sini harap dimaafkan.

About This Blog

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008 | Blogger Blog Templates

Back to TOP